Saturday, November 23, 2013

Kesesatan Ajaran Syiah Jelas Dan Nyata Umat Islam Perlu Awasi Mereka.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah  perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;

Selangor:
19  Januari 1998
W.Persekutuan:
3  April 1997

Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997

N.Sembilan:
12  Mac 1998

Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html


Lakaran Imam 12 Syi`a

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
1. Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
2. Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)
3. Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
4. Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)
5. Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)
6. Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
7. Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)
*Tulisan di atas Kaabah Syiah
‘Ali Jaan’ yang bermaksud
‘Ali Adalah Kesayanganku’
Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
1. Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
2. Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
3. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
4. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
5. Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
6. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
7. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
8. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
9. Memarahi orang yang puasa Asyura.
10. Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:

1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7. www.alburhan.com/
12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).
Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Quran,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.
Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.
Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.
ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. 

Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadis-hadis yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.
30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.
AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,tersalah dan lain-lain. 

Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) 

Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad SAW. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Surah Al-Ahzab ayat 40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim, 

Firman Allah SWT maksudnya: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Surah Al-Mukmin ayat 19). 

Firman-Nya lagi yang bermaksud :  “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”. (Surah Al-Talaq ayat  12).
AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)
AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad). 

Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan  Pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah SAW.  Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi SAW ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi SAW. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). 

Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah SAW kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(Surah at-Taubah ayat 100). 

Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.
Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), 

Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). 

Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah SAW. melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10 Muharram
BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT
1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk menyelamatkan aqidah umat Islam di negara kita daripada di sesatkan golongan Syiah yang sesat dan menyesatkan. Ramai telah terjebak dengan agama Syiah maka kita tidak boleh berdiam diri jika kalian cinta dan sayangkan saudara-sauadara kita seagama maka dakyah Syiah ini perlu disekat dan dihalang supayantidak tersebar dikalangan umat Islam. Sila buat laporan di Pejabab Agama yang berdekatan jika kalian mengsyaki suatu kumpulan itu membawa ajaran Syiah.
Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Berikut dikepilkan bersama beberapa video sebagai pencerahan buat tatapan kalian. Semoga jelas.

Thursday, November 21, 2013

Soal Jawab Agama Siri 118 (Air Liur Manusia, Berhadas Besar, Mengambil Barang Bukan Islam, Perbezaan Al-Quran ASWJ dengan Syiah dan Doa Mohon Syurga)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 118 adalah membicarakan persoalan air liur manusia tidak najis, solat fardu dalam keadaan berhadas besar kerana terlupa, mengambil barang orang bukan Islam, perbezaan al-Quran umat Islam (ASWJ) dengan  Syiah, doa mohon syurga dan menjauhi neraka.


871. Soalan : Apakah air liur manusia ketika tidur bila terkena pakaian tidak najis dan boleh dibuat untuk solat?


Jawapan :

Imam Ibnu Majah dalam sunannya menyebutkan judul bab:

Űšَُۧۚ Ű§Ù„Ù„ُّŰčَِۧۚ يُŰ”ِÙŠŰšُ Ű§Ù„Ű«َّوْŰšَ

Bab, tentang air liur yang mengenai baju.

Kemudian, beliau menyebutkan satu hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa bercerita,

۱َŰŁَيْŰȘُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű­َŰ§Ù…ِلَ Ű§Ù„ْŰ­َŰłَنَ Űšْنَ Űčَلِيٍّ Űčَلَى ŰčَۧŰȘِقِهِ، وَلُŰčَُۧۚهُ يَŰłِيلُ Űčَلَيْه

“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendokong Husain bin ‘Ali di atas pundak baginda, dan air liur Husain menetes mengenai baginda.” (Hadis Riwayat Ibn Majah 658 dan disahihkan al-Albani, juga disebutkan oleh Imam Ahmad no. 9779 dalam Musnadnya dan disahihkan Syuaib al-Arnauth.)

Termasuk air liur yang keluar ketika tidur.


Dr. Soleh al-Fauzan pernah ditanya tentang liur yang keluar ketika tidur. 

Jawaban beliau,

Liur yang keluar ketika seseorang tidur statusnya suci dan tidak najis. Dan hukum asal segala sesuatu yang keluar dari manusia adalah suci, kecuali yang terdapat dalil bahawa itu najis. Berdasarkan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ‘Sesungguhnya orang mukmin tidak najis.’ Diriwayatkan oleh Imam al-Albani dalam sahihnya, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu.

Kemudian beliau menegaskan,

Liur, keringat, air mata, atau cairan yang keluar dari hidung, semuanya suci. Inilah hukum asal. Sementara kencing, kotoran, dan setiap yang keluar dari dua jalan, statusnya najis. Liur yang keluar dari seseorang ketika dia tidur, termasuk benda suci, sebagaimana ingus, dahak atau semacamnya. Kerana itu, tidak wajib bagi seseorang untuk mencucinya atau mencuci baju yang terkena liur.(al-Muntaqa min Fatawa al-Fauzan, 5/10)

Keterangan:


Beliau menegaskan bahawa air liur tidak wajib dicuci. Tidak wajib ertinya, jika ada air liur yang terkena baju maka tidak masalah baju ini digunakan untuk solat. Namun jika ini mengganggu kerana bau, maka harus dicuci.

872. Soalan :  Saya baru berkahwin 6 bulan ketika sehabis melakukan hubungan intim bersama suami saya lupa mandi hadas besar, hanya mandi biasa sahaja. Kejadiannya waktu pagi, setelah mandi biasa saya melakukan solat Duha, kemudian solat Zuhur dan Asar. ketika hendak solat maghrib saya baru teringat bahawa saya terlupa untuk mandi wajib. Adakah saya wajib mengqada' solat fardu yang telah saya kerjakan dalam keadaan berhadas besar?

Jawaban:

Diantara syarat sah solat adalah suci dari hadas besar mahupun kecil.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لَۧ ŰȘُقْŰšَلُ Ű”َلَۧ۩ٌ ŰšِŰșَيْ۱ِ Ű·ُهُÙˆŰ±ٍ

”Solat tidak akan diterima yang dikerjakan tanpa bersuci.” (Hadis Riwayat Muslim 224, Nasai 139, Abu Daud 59, dan yang lainnya).

Kemudian, ulama sepakat, orang yang solat dalam keadaan berhadas, solatnya tidak sah, baik dia sadar mahupun tidak sadar.

Imam an-Nawawi  menegaskan,

ŰŁŰŹÙ…Űč Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙˆÙ† Űčلى ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Űčلى Ű§Ù„Ù…Ű­ŰŻŰȘ ÙˆŰŁŰŹÙ…ŰčÙˆŰ§ Űčلى ŰŁÙ†Ù‡Ű§ Ù„Ű§ ŰȘ۔ۭ منه ŰłÙˆŰ§ŰĄ Ű„Ù† ÙƒŰ§Ù† ŰčŰ§Ù„Ù…Ű§ ŰšŰ­ŰŻŰ«Ù‡ ŰŁÙˆ ŰŹŰ§Ù‡Ù„Ű§ ŰŁÙˆ Ù†Ű§ŰłÙŠŰ§ لكنه Ű„Ù† Ű”Ù„Ù‰ ŰŹŰ§Ù‡Ù„Ű§ ŰŁÙˆ Ù†Ű§ŰłÙŠŰ§ ÙÙ„Ű§ Ű„Ű«Ù… Űčليه ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ŰčŰ§Ù„Ù…Ű§ ŰšŰ§Ù„Ű­ŰŻŰ« وŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© مŰč Ű§Ù„Ű­ŰŻŰ« ÙÙ‚ŰŻ ۧ۱ŰȘÙƒŰš مŰčŰ”ÙŠŰ© ŰčŰžÙŠÙ…Ű©

Kaum muslimin sepakat haramnya solat bagi orang yang berhadas. Mereka juga sepakat solat yang dikerjakan orang yang hadas tidak sah, baik dia sadar dirinya hadas atau dia tidak sadar, atau dia lupa. Hanya saja, jika dia solat kerana tidak tahu dirinya berhadas atau kerana lupa, dia tidak berdosa. Dan jika dia tahu sedang berhadas dan tahu haramnya solat dalam keadaan hadas, bererti dia telah melakukan dosa besar. (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 2/67).

Hal yang sama juga ditegaskan oleh al-Mardawi – ulama Hambali – (w. 885 H),

لو Ű§Ù†ŰȘŰšÙ‡ ŰšŰ§Ù„Űș ŰŁÙˆ من ÙŠŰ­ŰȘمل ŰšÙ„ÙˆŰșه. ÙÙˆŰŹŰŻ ŰšÙ„Ù„Ű§، ŰŹÙ‡Ù„ ŰŁÙ†Ù‡ مني: ÙˆŰŹŰš Ű§Ù„ŰșŰłÙ„ Ù…Ű·Ù„Ù‚Ű§ Űčلى Ű§Ù„Ű”Ű­ÙŠŰ­ من Ű§Ù„Ù…Ű°Ù‡Űš

Ketika ada orang baligh terbangun dan dia menjumpai ada yang basah, sementara dia tidak tahu bahawa itu mani, maka dia wajib mandi secara mutlak menurut pendapat yang kuat dalam madzhab Hambali. (al-Inshaf, 1/228)

Solat yang telah dikerjakan, wajib di qada' kerana solatnya ketika belum mandi hadas besat tidak sah.

Al-Mardawi menegaskan,

ÙˆŰ­ÙŠŰ« ÙˆŰŹŰš Űčليه Ű§Ù„ŰșŰłÙ„ فيلŰČمه Ű„Űčۧۯ۩ Ù…Ű§ Ű”Ù„Ù‰ Ù‚ŰšÙ„ Ű°Ù„Ùƒ

“Kerana dia wajib mandi, maka dia harus mengulangi semua solat yang telah dia kerjakan.” (al-Inshaf, 1/228)

Apabila puan baru sedar belum mandi hadas besar maka puan  wajib segera mandi hadas besar dan segera solat fardu Magrib kemudain mengqada'  semua solat yang telah puan kerjakan secara berurutan buat solat qada' Zohor dan kemudian solat qada'  Asar. 

873. Soalan : Kawan saya pernah bekerja di kilang perabut seorang bukan Islam berbangsa Cina. Sebelum berhenti kerja dia telah membawa balik beberapa peralatan perabut dikilang tersebut tanpa pengetahuan majikannya. Sekarang dia sudah sedar akan kesilapannya dahulu, adakah dia wajib memulangkan peralatan tersebut? Minta ustaz memberi pencerahannya.

Jawapan :


Orang yang megambil barang orang lain tanpa kebenaran  wajib untuk mengembalikan barang yang diambil kepada pemilik barang tersebut atau ahli waris pemiliknya seboleh mungkin samaada barang tersebut hak milik orang Islam atau bukan Islam. Apabila pemilik kilang tersebut sudah tidak ada lagi ditempat tersebut dan tidak tahu berpindah dimana maka wajib mensedekahkannya dalam rangka berlepas diri dari harta tersebut. 

Dalam Islam seorang muslim tidak boleh mengambil atau mencuri harta orang bukan Islam (kafir) jika sekiranya mereka terdiri daripada kafir zimmi (yang tinggal dibawah pemerintahan Islam dan memiliki perjanjian keamanan yang terus berlangsung) atau mustakman (yang memiliki perjanjian keamanan sementara dengan pemerintahan muslim) maka harta-harta tersebut harus dikembalikan kepada mereka. Jika dia tidak memulangkannya maka dia tetap mendapat dosa di sisi Allah SWT di akhirat nanti dia akan di adil dimahkamah Allah SWT.

874. Soalan : Apakah perbezaan kitab suci al-Quran nul karim yang di amalkan oleh umat Islam sekarang ini  dengan kitab kepercayaan  golongan Syiah?

Jawapan : 

Terdapat perbezaan yang cukup jelas Kitab Suci (al-Quran) yang menjadi amalan dan pegangan umat Islam sekarang ini (Ahli Sunah Wal Jemaah) dengan ke kitab yang di amalkan dan pegangan golongan Syiah yang sesat dan menyesatkan ini.

1. Al-Quran kaum muslimin

Kitab suci kaum muslimin adalah al-Quran yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah baginda wafat, al-Quran telah sempurna dan tidak lagi ada tambahan wahyu yang turun. al-Quran kaum muslimin, terdiri dari 30 juz, 114 surat, dengan jumlah ayat berjumlah 6236. 

2. Al-Quran mengikut sepercayaan  Syiah

Ada 3 Aqidah Syiah tentang kitab suci al-Quran:

i. Syiah meyakini bahwa al-Quran yang dipegang kaum muslimin telah diselewengkan oleh para sahabat, sehingga tidak semua ayat al-Quran masih asli. Beberapa ayat telah diubah dan sebagian besar dibuang para sahabat.

ii. Syiah memiliki al-Quran versi lain, yang tidak ada dalam al-Quran yang beredar di tengah kaum muslimin, jumlah ayatnya 17.000. Ada dua keterangan yang mereka sampaikan,

(1) Al-Quran itu langsung diturunkan kepada Fatimah, 

(2) Al-Quran itu diturunkan melalui Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kemudian baginda berikan hanya ke Fatimah. [Ushulul Kaafi, Al Kulaini, 2/634, dan keterangan Yasir Habib, musuh sahabat].

iii. Orang Syiah menyebut kitab suci tambahan khusus mereka sebagai mushaf Fatimiyah. Mushaf ini tidak dimiliki oleh kaum muslimin pada umumnya. Menurut salah satu riwayat mereka, Jibril hanya menyampaikan kepada Fatimah, kemudian ditulis oleh Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.

Dalam kitab Ushul al-Kafi – salah satu rujukan utama Syiah – dinyatakan,

Ketika Imam as-Shodiq – alaihis salam – ditanya tentang mushaf Fatimah – alaihas salam – beliau menjawab,

“Sesuungguhnya Fatimah, sepeninggal Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau berkabung selama 75 hari. Beliau sangat bersedih karena wafatnya ayahnya. Jibril selalu mendatangi Fatimah, dan turut berkabung atas kematian ayahnya. Jibril menghibur Fatimah, dan menyampaikan tentang keadaan ayahnya dan kedudukan ayahnya. Jibril juga menyampaikan keadaan masa depan keturunan Fatimah.Sementara Ali mencatat semua yang disampaikan Jibril. Itulah Mushaf Fatimah.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, 1/241].

Mushaf Fatimah Jauh Lebih Tebal (3 Kali Ganda )

Mushaf Fatimah jauh lebih tebal dibandingkan al-Quran umat islam. Mushaf Fatimah 3 kali lebih tebal dibandingkan al-Quran kaum muslimin.

Dalam Ushul al-Kafi juga disebutkan, bahwa Abu Abdillah – alaihis salam – mengatakan,

“Kami memiliki mushaf Fatimah alaihas salam. Mereka tidak tahu, apa itu mushaf Fatimah? Mushaf Fatimah berisi seperti quran kalian ini 3 kali lipat. Demi Allah, tidak ada satupun bagian (dalam mushaf Fatimah) yang dijelaskan dalam Quran kalian satu hurufpun.”
[al-Kafi, al-Kulaini, jilid 1, hlm. 287]

Salah satu tokoh Syiah, Kamal al-Haidari menjelaskan kitab Ushul al-Kafi yang menjelaskan keterangan Mushaf Fatimah. Bahwa Mushaf itu ada, dan bukan khayalan. Tapi wujudnya masih disembunyikan.

Mushaf yang Disembunyikan :

Mushaf Fatimah, hingga saat ini belum diterbitkan. Bahkan orang Syiah sendiri tidak boleh menunjukkan lembaran mushaf Fatimah itu. Semua kaum muslimin menyatakan mushaf itu hanya khayalan, khurafat kaum Syiah. Namun mereka membantah dan mengatakan, mushaf fatimah itu ada, dan mushaf itu hanya dimiliki oleh al-ma’shumin (imam yang maksum). Sementara selain imam yang maksum, mereka tidak pernah tahu isinya, selain

Berdasarkah huraian di atas jelaslah aqidah Syiah telah sesat dan menyesatkan. Apabila mereka menolak kitab suci al-Quran ini bermakna mereka tidak beriman kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan mereka bukan lagi menjadi sebahagian daripada umat Islam. 

Kaum muslimin meyakini bahawa al-Quran yang sampai ke tangan mereka adalah al-Quran asli, sama seperti yang AllahSWT  turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melalui malaikat Jibril. al-Quran ini dijaga oleh Allah SWT, dan tidak mengalami perubahan hingga Allah SWT mengangkatnya. 

Allah berfirman SWT,

Ű„ِنَّۧ نَŰ­ْنُ نَŰČَّلْنَۧ Ű§Ù„Ű°ِّكْ۱َ وَŰ„ِنَّۧ لَهُ لَŰ­َŰ§ÙِŰžُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Surah Al-Hijr: 9)

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,

Ù‚Ű±Ű± ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰŁÙ†Ù‡ هو Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁÙ†ŰČل Ű§Ù„Ű°ÙƒŰ±، وهو Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ†، وهو Ű§Ù„Ű­Ű§ÙŰž له من Ű§Ù„ŰȘŰșÙŠÙŠŰ± ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰšŰŻÙŠÙ„

Allah menegaskan bahawa Dia yang menurunkan az-Zikr, yaitu al-Quran, dan Dia yang akan menjaganya dari setiap perubahan atau penyelewengan. (Tafsir Ibnu Katsir, 4/527).

Sementara Syiah memiliki keyakinan yang sangat menyimpang jauh tentang al-Quran. Berikut diantara keyakinan mereka tentang al-Quran,

1. Jibril salah dalam menurunkan wahyu. Seharusnya kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, tapi dia berikan kepada Muhammad bin Abdillah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dalam kitab Anisul Wahid, al-Jazairi mengatakan,

Muhammad dengan Ali itu lebih mirip dibandingkan dua burung gagak atau dibandingkan miripnya dua ekor lalat. Kemudian Allah mengutus Jibril ‘alaihis salam untuk memberikan wahyu kepada Ali ‘alaihis salam, namun Jibril salah dalam menyampaikan risalah, seharusnya kepada Ali, dia berikan kepada Muhammad. Dan mereka (orang syiah) melaknat sang pemilik sayap, yaitu Jibril. (Anisul Wahid, 2/310, Tahqiq: ar-Raja’i).

2. Sebagian besar al-Quran, isinya hanya menjelaskan sosok Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, ahli bait, dan para musuh ahli bait (para sahabat). Tokoh syiah, al-Faidh al-Kasyani mengatakan,

“Majoriti al-Quran turun terkait dengan sosok ahlul bait, para pembela mereka, dan musuh mereka.” (Tafsir as-Shafi, 1/24).

Bahkan salah satu tokoh syiah, Hasyim bin Sulaiman al-Katkani menegaskan bahwa nama Ali bin Abi Thalib sendiri, disebutkan dalam al-Quran sebanyak 1154 kali. Untuk mendakwahkan itu, dia menulis buku al-Lawami’ an-Nuraniyah fi Asma Aliy wa Ahli Baitihi al-Quraniyah.

3. Para sahabat menyelewengkan al-Quran, dan membuang banyak ayat al-Quran, terutama yang menyebutkan tentang keutamaan Ali bin Abi Thalib.

Dari Hisyam bin Salim, dari Abu Abdillah ‘alaihis salam, ia berkata, “Al Qur’an yang dibawa oleh Jibril ‘alaihis salam kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam terdiri dari 17.000 ayat.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, jilid 2, hlm. 634].

Dalam keterangan tokoh syiah yang lain, keterangan Sulthan Muhammad bin Haidar Al-Khurasaaniy:

ۧŰčلم، ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚ŰŻ ۧ۳ŰȘÙŰ§Ű¶ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰźŰšŰ§Ű± Űčن Ű§Ù„ŰŁŰŠÙ…Ű© Ű§Ù„ŰŁŰ·Ù‡Ű§Ű± ŰšÙˆÙ‚ÙˆÙ Ű§Ù„ŰČÙŠŰ§ŰŻŰ© ÙˆŰ§Ù„Ù†Ù‚ÙŠŰ”Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰșÙŠÙŠŰ± فيه
”Ketahuilah bahwasannya telah banyak tersebar khabar-khabar dari para imam yang suci tentang adanya penambahan, pengurangan, penyimpangan, dan perubahan Al-Qur’an…” [Bayaanus-Sa’aadah fii Muqaamaatil-’Ibaadah 1/12].

Dalam kitab Minhaj Al Baro’ah Syarh Nahjul Balaghoh (2/216) oleh Habibullah al-Khou’i disebutkan, “Lafazh aali Muhammad wa aali ‘Ali (bin Abi Tholib) – keluarga Muhammad dan keluarga ‘Ali – telah terhapus dari Al Qur’an”.

4. Yang tahu seluruh isi al-Quran hanya ahlul bait. Selain Ahlul bait, hanya mengetahui sebagian isi al-Quran. Artinya, mushaf yang berada di tangan kaum muslimin, hanya sebagian dari al-Quran

Abu Ja’far berkata, “Barangsiapa menganggap dirinya telah mengumpulkan seluruh isi Al Qur’an, sebagaimana yang diturunkan, berarti dia pendusta. Tidak ada yang boleh mengumpulkan dan menjaga Al Qur’an sebagaimana yang Allah turunkan selain ‘Ali bin Abi Tholib dan para imam setelahnya”(Ushul al-Kaafi, Al Kulaini, 1/228).

PERHATIAN : 

Empat fakta di atas adalah bukti yang jelas bahawa Syiah tidak menggunakan al-Quran yang digunakan oleh umat Islam hari ini. Jika kalian berjumpa orang Syiah mereka kata mereka juga menggunakan kitab suci yang sama sebenarnya mereka berbohong. Mereka hanya bertaqiyah ( tipu muslihat Syiah). Kitab mereka adalah al-Quran yang telah diubah suai dan di tokok tambah sama seperti Pendita Yahudi yang merubah kitab Taurat.  Mereka lebih merbahaya daripada orang yang bukan Islam tetapi tidak memusuhi umat Islam. Kitab Tafsir Syiah juga menyimpang jauh daripada maksud sebenar al-Quran dalam bahasa arab dan mereka tafsir ikut nafsu mereka.

Oleh itu kaum muslimin semua perlulah berhati-hati dengan Syiah kerana jarum yang mereka bawa cukup halus dan amat berbahaya, jika kalian terikut ajaran mereka sebenarnya kalian telah merosakkan aqidah kalian kepada rukun Iman yang enam. 

875. Soalan : Bolehkah ustaz nyatakan di sini satu doa yang boleh dibaca berulang-ulang untuk kita memohon kepada Allah SWT syurga dan memohon agar kita dijauhi daripada neraka?

Jawapan :

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ ŰłَŰŁَلَ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ Ű«َلََۧ۫ مَ۱َّۧŰȘٍ، قَŰ§Ù„َŰȘِ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ُ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰŻْŰźِلْهُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ، وَمَنْ ۧ۳ْŰȘَŰŹَۧ۱َ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ Ű«َلََۧ۫ مَ۱َّۧŰȘٍ، قَŰ§Ù„َŰȘِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ُ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰŹِ۱ْهُ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad 12585, Nasai 5521, Turmudzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai shahih oleh al-Albani).

Berdasaarkan hadis di atas kalian boleh berdoa bila-bila masa tidak kira waktunya samaada ketika habis solat, ketika sedang memandu dan ketika kita berihat-rihat berseorangan.

Disebutkan bilangan angka, iaitu 3 kali. maksudnya untuk mendapatkan keutamaan itu, kita baca paling sedikit sebanyak 3 kali, dan maksima sebanyak mungin. Wallahu a'lam



Wednesday, November 20, 2013

Soal Jawab Agama Siri 117 (Solat Taubat, Keuntungan Perniagaan, Berdoa Di Makbulkan, Mufaraqah dan Melamar)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 117 adalah membicarakan persoalan solat taubat berjemaah, peratus keuntungan dalam perniagaan, doa dimakbulkan, makmum mufaraqah dan adab-adab melamar.

866. Soalan : Bolehkah solat taubat di lakukan secara berjemaah?

Jawapan;

Terdapat khilaf di kalangan ulama dalam masalah melakukan solat tahajjud, duha, taubah, hajat, istikharah dan sebagainya secara berjemaah, iaitu solat-solat yang disyariatkan secara bersendirian. Menurut Imam an-Nawawi; asalkan suatu ibadat itu ada disyariatkan walaupun secara bersendirian, harus jika ingin dilakukan secara berjamaah. Antara dalilnya ialah; 

1. Hadis Ibnu 'Abbas r.a. yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis 'Itban bin Malik r.a. yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Solat-solat yang dilakukan Nabi SAW dalam hadis di atas ialah solat-solat sunat kerana baginda tidak pernah melakukan solat fardu melainkan di masjid. Imam an-Nawawi menjelaskan; “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, duha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjemaah, yakni tidak disunatkan berjemaah, namun jika dilakukan secara berjemaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

Sebahagian ulama hanya mengharuskannya jika dilakukan sekali-sekali (bukan berterusan), iaitu untuk tujuan belajar atau membiasakan diri sahaja, bukan dengan menjadikannya sebagai kebiasaan, kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah menjadikannya sebagai kebiasaan mereka (Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi (1/356). Wallahu a'lam.

867. Soalan : Adakah Islam ada meletakkan peratus keuntungan yang perlu di gunakan oleh seorang peniaga?

Jika kita menjual barang dengan harga pasaran tetapi keuntungannya 100% adakah Islam mengizinkannya?

Jawapan :

 Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108); 


“Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulama Islam. 

Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu” (Surah an-Nisa’ ayat 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;

1. Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.


2. Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.


Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan –untuk mengelak dari berlakunya ghabnu fahiysh (beza harga keterlaluan) itu-, para ulama berbeza pandangan;

1. Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)


2. Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis;


a. Hartanah; jangan melebihi 20%, 

b. Ternakan; jangan melebihi 10%, 

c. Barangan; jangan melebihi 5%.

3. Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan; kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka. 


Pandangan inilah yang rajih kerana tidak ada nas syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada ‘uruf manusia.


Wallahu a’lam.

868. Soalan   :  Kenapa doa saya tidak langsung dikabulkan oleh Allah, sementara saya juga sudah semaksima mungkin bertakwa kepada-Nya? Doa saya iaitu minta agar mendapatkan harta kekayaan di dunia supaya tidak meminta-minta pada orang lain.”

Jawapan :


Saya yakin, setiap orang menginginkan kehidupan bahagia. Hanya saja, caranya berbeza-beza. Namun, umumnya, kekayaan biasanya menjadi keperluan utama menurut umumnya masyarakat. Kerana itu, banyak orang yang memohon kekayaan dalam doa-doa mereka.

Ada beberapa perkara yang boleh kita jadikan catatan penting dalam perkara ini : 

Pertama : Ramai orang yang mengatakan, “Bukankah Allah telah berjanji bahwa Dia akan mengabulkan setiap doa yang dipanjatkan hamba-Nya? Mengapa masih ramai orang yang berdoa kepada-Nya, dan tidak dikabulkan?”

Pertanyaan di atas merupakan bukti keimanan kita kepada firman Allah SWT,

ŰŁُŰŹِÙŠŰšُ ŰŻَŰčْوَŰ©َ Ű§Ù„ŰŻَّۧŰčِ Ű„ِŰ°َۧ ŰŻَŰčَŰ§Ù†ِ

Maksudnya : “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, ketika dia berdoa kepada-Ku ….” (Surah al-Baqarah ayat 186)


Atau firman-Nya,

وَقَŰ§Ù„َ ۱َŰšُّكُمُ ۧۯْŰčُونِي ŰŁَŰłْŰȘَŰŹِŰšْ لَكُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰłْŰȘَكْŰšِ۱ُونَ Űčَنْ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِي ŰłَيَŰŻْŰźُلُونَ ŰŹَهَنَّمَ ŰŻَِۧ۟۱ِينَ

Maksudnya : “Rabb kalian (Allah) berfirman, ‘Mintalah kepada-Ku, nescaya Aku memberi ijabah kepada kalian. Sesungguhnya, orang-orang yang bersikap sombong dalam beribadah (maksudnya: tidak mau berdoa) kepada-Ku, mereka akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.’” (Surah Ghafir ayat 60)


Satu prinsip penting yang harus kita pegang, bahwa semua firman Allah adalah benar, janji Allah benar, dan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya. Kita harus yakin hal itu, apa pun keadaannya. Selanjutnya, berhubung dengan janji Allah SWT pada ayat di atas dan realita yang kita saksikan dalam kehidupan sehari-hari, para ulama telah memberikan jawaban:

Berhubung makna di atas, kadangkala, Allah telah memberikan ijabah (memakbulkan) untuk doa kita, namun kita tidak tahu hakikat dan bentuk ijabah tersebut. Kerana “respon baik” terhadap doa bentuknya bermacam-macam. Disebutkan dalam hadis, dari Abu Said radhiallahu ‘anhu Nabi Salallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

Ù…Ű§ من Ù…ŰłÙ„Ù… ÙŠŰŻŰčو Ű§Ù„Ù„Ù‡ ۚۯŰčÙˆŰ© Ù„ÙŠŰł ÙÙŠÙ‡Ű§ Ù…ŰŁŰ«Ù… و Ù„Ű§ Ù‚Ű·ÙŠŰčŰ© Ű±Ű­Ù… Ű„Ù„Ű§ ŰŁŰčŰ·Ű§Ù‡ Ű„Ű­ŰŻÙ‰ Ű«Ù„Ű§Ű« : Ű„Ù…Ű§ ŰŁÙ† ÙŠŰłŰȘŰŹÙŠŰš له ŰŻŰčوŰȘه ŰŁÙˆ ÙŠŰ”Ű±Ù Űčنه من Ű§Ù„ŰłÙˆŰĄ Ù…Ű«Ù„Ù‡Ű§ ŰŁÙˆ ÙŠŰŻŰźŰ± له من Ű§Ù„ŰŁŰŹŰ± Ù…Ű«Ù„Ù‡Ű§

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim yang berdoa, dan doanya tidak melakukan perbuatan dosa atau memutus silaturahim, kecuali Allah akan memberikan salah satu di antara tiga balasan: (1) Allah kabulkan doanya, (2) Allah hindarkan dirinya dari musibah yang senilai dengan isi doanya, dan (3) Allah simpan dalam bentuk pahala untuknya di akhirat.” (Hadis Riwayat Ahmad, Turmudzi, dan Hakim; dinilai sahih oleh Musthafa Al-Adawi)

Sebagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud “doa” di atas adalah ‘ibadah’. Allah berjanji untuk mengabulkan ibadah hamba-Nya dengan memberikan pahala dari setiap ibadah yang diterima.

Jika kita perhatikan, sesungguhnya janji yang Allah SWT berikan adalah janji bersyarat. Maksudnya, hanya doa-doa yang memenuhi syarat yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Selain itu, boleh jadi, AllahSWT tidak mengabulkannya.

Kedua, umumnya orang berkeyakinan bahawa sesuatu yang dia minta adalah perkara terbaik untuknya.

Padahal, belum tentu hal itu baik untuknya, dalam pengetahuan Allah SWT. Kerana itulah, terkadang, Allah SWT menahan doa kita, kerana hal itu lebih baik bagi kita, daripada Allah SWT memberikan sesuatu yang kita inginkan. Allah berfirman,

وَŰčَŰłَى ŰŁَنْ ŰȘَكْ۱َهُÙˆŰ§ ŰŽَيْŰŠًۧ وَهُوَ Űźَيْ۱ٌ لَكُمْ وَŰčَŰłَى ŰŁَنْ ŰȘُŰ­ِŰšُّÙˆŰ§ ŰŽَيْŰŠًۧ وَهُوَ ŰŽَ۱ٌّ لَكُمْ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ يَŰčْلَمُ وَŰŁَنْŰȘُمْ لَۧ ŰȘَŰčْلَمُونَ

Maksudnya : “Boleh jadi, kalian membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kalian. Terkadang pula, kalian mencintai sesuatu, padahal itu buruk bagi kalian. Allah mengetahui dan kalian tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

Bagian ini penting untuk difahami, agar kita tidak berburuk sangka kepada Allah SWT, ketika merasa doa kita tidak kunjung dikabulkan. Kita harus selalu yakin bahwa Allah SWT lebih tahu hal terbaik untuk kita, kerana Dialah yang menciptakan manusia dan Dia adalah Zat yang Maha Sempurna ilmu-Nya. 

Percayalah, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Hanya saja, tidak semua bentuk kasih sayang Allah SWT telah kita ketahui. Tidak semua kasih sayang-Nya, Dia wujudkan dalam bentuk rezeki. Tidak pula dalam bentuk doa yang dikabulkan sesuai apa yang diminta. 

Ketiga, jangan putus asa dalam berdoa.

Umumnya, manusia tidak sabar dengan keinginannya. Semua berharap, agar doanya diperolehi secepat mungkin mungkin. Jika kita mempunyai sikap tak sabar mengharapkan doa di kabulkan segara dan mudah putus asa maka keadaan ini merupakan salah satu sebab doa kalian tidak dikabulkan. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

يُŰłْŰȘَŰŹَُۧۚ Ù„ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ مَۧ لَمْ يَŰčْŰŹَلْ يَقُولُ ŰŻَŰčَوْŰȘُ فَلَمْ يُŰłْŰȘَŰŹَŰšْ لِى

Maksudnya : “Doa kalian akan dikabulkan selama tidak tergesa-gesa. Dia mengatakan, ‘Saya telah lama berdoa, tetapi tidak kunjung dikabulkan.’” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Muslim, baginda bersabda,

Ù„Ű§ يَŰČَŰ§Ù„ُ يُŰłْŰȘَۏُۧۚ لِلْŰčَŰšْŰŻِ مَۧ لَمْ يَŰŻْŰčُ ŰšŰ„Ű«Ù… ŰŁÙˆ قَŰ·ِيŰčَŰ©ِ ۱َŰ­ِمٍ Ù…Ű§ لم ÙŠŰłŰȘŰčŰŹÙ„ْ ، قيل : ÙŠŰ§ ۱َŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ، Ù…Ű§ Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰčŰŹŰ§Ù„ ؟ Ù‚Ű§Ù„ : يقول : Ù‚ŰŻ ŰŻŰčوŰȘُ ، ÙˆÙ‚ŰŻ ŰŻَŰčَوŰȘُ فلم ۣ۱َ ÙŠŰłŰȘŰŹÙŠŰš لي ، فَيَŰłْŰȘَŰ­ْŰłِ۱ُ ŰčÙ†ŰŻ Ű°Ù„Ùƒ ، ويَŰŻَŰčُ Ű§Ù„ŰŻŰčۧۥَ

Maksudnya : “Tidak hentinya doa seorang hamba akan dikabulkan, selama bukan doa yang mengandung maksiat atau memutus silaturahim, dan doa yang tidak tergesa-gesa.” Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan tergesa-gesa dalam berdoa?’ Baginda menjawab, ‘Orang itu mengatakan, ‘Saya telah berdoa …, saya telah berdoa…, namun saya merasa belum pernah dikabulkan.’ Kemudian, dia putus asa dan meninggalkan doanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat, jangan terlalu berharap untuk mendapatkan dunia dengan ibadah yang kita lakukan.

Meskipun kita yakin bahwa di antara balasan yang Allah SWT berikan bagi orang yang beribadah terkadang diwujudkan di dunia. Akan tetapi, jangan jadikan ini sebagai tujuan utama kalian untuk melakukan ketaatan. Allah SWT berfirman,

وَمِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ مَنْ يَŰčْŰšُŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلَى Ű­َ۱ْفٍ فَŰ„ِنْ ŰŁَŰ”ََۧۚهُ Űźَيْ۱ٌ ۧ۷ْمَŰŁَنَّ Űšِهِ وَŰ„ِنْ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ فِŰȘْنَŰ©ٌ Ű§Ù†ْقَلَŰšَ Űčَلَى وَŰŹْهِهِ ŰźَŰłِ۱َ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰ§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©َ Ű°َلِكَ هُوَ Ű§Ù„ْŰźُŰłْ۱َŰ§Ù†ُ Ű§Ù„ْمُŰšِينُ

Maksudnya : “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah di pinggiran. Ketika ia memperoleh kebaikan (harta), dia semakin yakin dengan ibadahnya, dan jika ia ditimpa bencana, berbaliklah ia ke belakang (murtad). Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang jelas. ” (Surah al-Hajj ayat 11)

Tentunya, kita tidak ingin termasuk orang yang Allah SWT sindir dalam ayat di atas. Orang yang melakukan ketaatan kerana untuk dunia sahaja bukan untuk akhirat. Sungguh, sangat disayangkan, ketika ibadah yang kita lakukan hanya dibayar dengan balasan yang sedikit di dunia. Oleh itu, ingatlah balasan yang lebih berharga adalah  di hari akhirat.

Semoga Allah memberikan keadaan terbaik bagi kehidupan kita. Amin.

869. Soalan : Apakah sebab musabab makmum boleh mufaraqah daripada imam ketika solat?

Jawapan :

Dalam mazhab syafie makmum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak dengan makruh hukumnya. Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.

Terdapat 8 keuzuran yang mengharuskan mufaraqah:

1. Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2. Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut / tahiyyat awal
3. Sakit
4. Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5. Bimbang terbatal solat(rasa nak kencing)
6. Bimbang kehilangan harta
7. Bimbang ditinggalkan kawan
8. Menyelamatakan orang yang lemas atau seumpamanya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :

‏Ű­َŰŻَّŰ«َنِي ‏ ‏مُŰ­َمَّŰŻُ Űšْنُ ŰčَŰšَّۧۯٍ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏Űčَمْ۱ٍو ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ ‏

‏كَŰ§Ù†َ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٌ ‏ ‏يُŰ”َلِّي مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű«ُمَّ يَŰŁْŰȘِي فَيَŰ€ُمُّ قَوْمَهُ فَŰ”َلَّى لَيْلَŰ©ً مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى قَوْمَهُ فَŰŁَمَّهُمْ فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰ§Ù†ْŰ­َ۱َفَ ‏ ‏۱َŰŹُلٌ ‏ ‏فَŰłَلَّمَ Ű«ُمَّ Ű”َلَّى وَŰ­ْŰŻَهُ وَŰ§Ù†ْŰ”َ۱َفَ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ لَهُ ŰŁَنَŰ§ÙَقْŰȘَ يَۧ فُلَŰ§Ù†ُ قَŰ§Ù„َ لَۧ وَŰ§Ù„Ù„َّهِ وَلَŰąŰȘِيَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَلَŰŁُŰźْŰšِ۱َنَّهُ فَŰŁَŰȘَى ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّۧ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ ‏ ‏نَوَۧ۶ِŰ­َ ‏ ‏نَŰčْمَلُ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ وَŰ„ِنَّ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ًۧ ‏ ‏Ű”َلَّى مَŰčَكَ Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰŁَقْŰšَلَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Űčَلَى ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٍ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏يَۧ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ُ ‏ ‏ŰŁَفَŰȘَّŰ§Ù†ٌ ‏ ‏ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ ŰšِكَŰ°َۧ وَŰ§Ù‚ْ۱َŰŁْ ŰšِكَŰ°َۧ قَŰ§Ù„َ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏فَقُلْŰȘُ ‏ ‏لِŰčَمْ۱ٍو ‏ ‏Ű„ِنَّ ‏ ‏ŰŁَŰšَۧ Ű§Ù„ŰČُّŰšَيْ۱ِ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏ŰŁَنَّهُ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ ‏ ‏وَŰ§Ù„ŰŽَّمْŰłِ وَ۶ُŰ­َŰ§Ù‡َۧ ‏ ‏وَŰ§Ù„Ű¶ُّŰ­َى ‏ ‏وَŰ§Ù„Ù„َّيْلِ Ű„ِŰ°َۧ ‏ ‏يَŰșْŰŽَى ‏ ‏وَŰłَŰšِّŰ­ْ ۧ۳ْمَ ۱َŰšِّكَ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏Űčَمْ۱ٌو ‏ ‏نَŰ­ْوَ هَŰ°َۧ

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya. Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar. Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari. Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah SAW menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini. Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu
(Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak(Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadith no.175)

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim hadis ini mempunyai beberapa hukum:

1)Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz r.anhu menunaikan solat fardu bersama Rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama Rasul SAW kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain

2)Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam. Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada tiga

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.


Kesimpulannya: Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadith Muaz.

870. Soalan : Saya berhajat untuk melamar seorang wanita yang menutup aurat dan berakhlak baik. Apakah adab-adab yang perlu saya lakukan?

Jawapan :

Berikut penyebutan beberapa adab dalam pelamaran yang harus diperhatikan oleh kedua belah pihak.

1. Disunnahkan nazhar (memandang) kepada calon pinangan.

Yakni melihat kepada apa-apa yang boleh membuat dia tertarik untuk menikahinya atau sebaliknya ketika dia melihat calonnya dan mendapati ada sesuatu yang tidak dia sukai darinya maka boleh untuk membatalkan pelamarannya.

Imam Ibnu Qudamah berkata: "Kami tidak mengetahui adanya perselisihan dikalangan para Ulama akan bolehnya seseorang yang mahu menikahi seorang wanita untuk memandang kepadanya."(Al-Mughny: 9/489)

Berikut beberapa hadis yang menunjukkan disunatkannya bagi kedua belah pihak untuk saling melihat sebelum meneruskan pelamaran.

i. Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah radhiallahu 'anhu.

Beliau berkata: "Saya mendatangi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam lalu saya menceritakan kepada baginda perihal seorang wanita yang saya lamar, maka baginda bersabda: "Pergilah kamu (kepadanya) dan lihatlah dirinya, kerana hal itu akan membuat kasih sayang diantara kalian akan langgeng."(HR An-Nasa'i no. 6/69, Ath-Tirmidzi no. 1087, dan Ibnu Majah no. 1866 potongan pertama dari hadits dikuatkan dalam riwayat Muslim no. 2/1040 dari hadis Abu Hurairah)

Hadis diatas menunjukkan bahwa pembolehan untuk nazhar bukan hanya  bagi kaum laki-laki tapi juga diperbolehkan bagi seorang wanita yang akan dilamar. Kerana biasanya kasih sayang itu muncul dari kedua belah pihak, sehingga pembolehan disini juga berlaku bagi kedua belah pihak.

ii. Hadis Abu Humaid radhiallahu 'anhu yang secara marfu'.

"Jika salah seorang diantara kalian melamar seorang wanita, maka tidak mengapa baginya untuk melihat kepadanya, jika memang dia melihatnya hanya untuk pelamarannya. Walaupun wanita tersebut tidak mengetahui (dirinya sedang dilihat)."(HR Al-Bukhari no. 5/424 dengan sanad yang shahih)

iii. Hadis Jabir bin 'Abdillah radhiallahu 'anhuma yang secara marfu'.

"Jika salah seorang diantara kalian melamar seorang wanita, maka jika kamu mampu untuk melihat apa yang boleh membuat dia tertarik untuk menikahinya maka hendaknya dia lakukan." Jabir berkata: "Maka saya pun melamar seorang wanita lalu saya melihatnya dengan sembunyi-sembunyi (tanpa sepengetahuannya) sampai akhirnya saya melihat darinya apa yang membuat saya tertarik untuk menikahinya, maka saya pun menikahinya."(HR Abu Daud no. 2082 dengan sanad yang hasan)

2. Berpenampilan sederhana dalam melamar.

Tidak diperbolehkan bagi pelamar untuk takalluf (membebani diri) dengan memakai pakaian yang sangat indah serta memakai minyak wangi yang sangat wangi.

Hal ini kerana kesediaan seorang wanita untuk dinazhar, sama sekali bukanlah tanda akan keredhaan dari kedua belah pihak, tujuannya adalah supaya tidak timbul fitnah jika lamarannya ditolak oleh pihak wanita.

Sebab yang merupakan tuntunan tabien dalam hal ini adalah sebagaimana yang diceritakan oleh 'Abdullah bin Thawus bahwa ayahnya berkata kepadanya mengenai wanita yang hendak dinikahi oleh anaknya, "Pergilah engkau melihatnya." 'Abdullah berkata, "Maka saya pun memakai pakaian (yang indah), lalu memakai minyak dan bergaya." Maka tatkala Thawus melihat anaknya berpenampilan seperti itu, dia berkata: "Duduklah kamu." Beliau benci melihat anaknya melakukan nazhar dengan penampilan seperti itu."(riwayat 'Abdurrazaq dalam Al-Mushannaf: 6/157 dengan sanad yang shahih)

3. Boleh bagi wanita yang akan di lamar untuk berhias sekadarnya.

Boleh berhias tetapi cara sederhana dan tidak boleh bertabaruj.

Dari Subai'ah Al-Aslamiyah radhiallahu 'anha bahawa dulunya beliau adalah isteri dari Sa'ad bin Khaulah lalu suaminya meninggal dunia (suami beliau meninggal dunia sedangkan beliau dalam keadaan hamil, sebagaimana yang nampak dari kisahnya) dalam haji wada'. 

Dan Beliau (suaminya ) adalah Badry (pasukan perang Badar). Dan beliau melahirkan sebelum 4 bulan 10 hari dari meninggal dunia suami beliau. Maka setelah itu, beliau ditemui oleh 'Abus Sanabil bin Ba'kak tatkala beliau sudah selesai nifas dalam keadaan beliau (Subai'ah) memakai celak mata -dalam sebagian riwayat, "Maka salah seorang dari kerabat suamiku menemuiku dalam keadaan saya sudah memakai Khidhab dan berhias"- maka dia (Abus Sanabil) berkata kepadanya, "Kuasailah dirimu mungkin kamu sudah mau menikah lagi, sesungguhnya waktunya adalah 4 bulan 10 hari dari hari wafatnya suamimu." Beliau (Subai'ah) berkata, "Maka saya mendatangi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan saya ceritakan kepada Beliau apa yang dikatakan oleh Abus Sanabil bin Ba'kak, maka baginda bersabda: "Engkau telah halal (untuk menikah) ketika engkau melahirkan."(HR Ahmad no. 6/432 dengan sanad yang shahih)

Sebelum saudara melamarnya perlulah saudara mengkaji latarbelakang kehidupan wanita yang hendak dilamar. Pendidkan agamanya, pekerjaannya, perhubungan beliau dengan kerja-kerja dakwah dan perlu juga meneliti kehidupan keluarganya adakah terdiri daripada mereka yang kuat pada agama atau pun tidak mementingkan agama dalam kehidupan sehari-harian. 

Dari Abu Hurairah radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Sallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." (Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.)

Jika saudara sudah berkenan di hati teruskan dengan solat istikarah untuk memastikan dia adalah jodoh yang sesuai untuk saudara, selamat maju jaya dan memiliki seorang isteri solehah dalam kehidupan saudara.

Wallahu a'lam